Month: Mac 2018

Kemuliaan Bagi Penanam

Pada suatu hari, tanpa diduga, saya mendapati ada setompok warna kuning di sebelah kanan jalan masuk ke rumah kami. Rupa-rupanya ada enam tangkai bunga dafodil berwarna kuning yang sedang mekar dan tumbuh tinggi antara dua buah batu besar yang seakan-akan menghimpitnya. Oleh sebab saya tidak pernah menanam, membaja, atau menyiram bunga itu, saya tidak memahami bagaimana dan mengapa bunga ini telah tumbuh di halaman rumah kami.

Tujuan Hidup

Ketika saya membaca buku panduan tentang kewangan, saya menyedari satu gerakan yang menarik. Kebanyakan mengatakan bahawa sebab utama pengurangan perbelanjaan adalah untuk hidup seperti orang kaya pada hari yang kemudian. Namun ada sebuah buku mengemukakan satu perspektif yang amat berbeza, yang membahaskan bahawa hidup sederhana adalah penting untuk kehidupan yang kaya. Jika anda memerlukan lebih banyak harta untuk merasakan kebahagiaan, “Anda memang telah gagal memahami makna sebenar dalam hidup ini.”

Siapa Ini?

Bayangkan anda sedang berdiri dekat dengan orang lain di tepi jalan tanah. Wanita di belakang anda berdiri terjengket-jengket, kerana hendak melihat siapa yang datang. Dari jauh, anda melihat seorang lelaki sedang menunggang keldai. Ketika Dia mendekat, semua orang membentangkan jubah mereka di jalan. Tiba-tiba, anda terdengar ranting-ranting patah di belakang. Apabila anda menoleh, kelihatan seseorang sedang memotong ranting-ranting pokok, dan orang ramai sedang menghamparkannya di hadapan keldai.

Kuasa Teladan

Apabila saya cuba membaiki mana-mana peralatan di rumah saya, saya terpaksa membayar orang lain untuk membaiki kerosakan yang telah saya lakukan ketika cuba membaiki kerosakan yang sebenar. Tetapi baru-baru ini saya berjaya membaiki suatu peralatan rumah dengan berpandukan video YouTube yang menunjukkan langkah demi langkah cara membaikinya.

Janji Berganda

Sejak Ruth menderita penyakit kanser beberapa tahun lalu, dia tidak dapat makan, minum, atau menelan dengan baik. Tubuh badannya juga amat lemah dan kurus disebabkan menjalani banyak pembedahan dan rawatan.